Subjek: Tuntutan Pembayaran Tertunggak

Salam sejahtera,

Kami (klien) dan perunding bebas Quantum Metal Sdn. Bhd. (QMSB) dan anak syarikatnya, Quantum Bullion Exchange Board (QBEB) menandatangani surat ini, ingin menyuarakan kebimbangan dan kekecewaan kami berkaitan isu pembayaran yang tergendala. Sejak Disember 2023, para perunding tidak menerima pembayaran komisen yang sepatutnya, dan klien mengalami kelewatan yang ketara dalam menerima pembayaran bagi penamatan (jualan) emas seperti GSA, GCA dan GAE.

Walaupun kami telah berusaha tanpa henti dan memberi komitmen untuk menyokong QMSB dan QBEB, kelewatan yang berpanjangan ini telah menyebabkan kesukaran kewangan yang teruk dan kehilangan kepercayaan di kalangan perunding dan klien. Terma-terma perjanjian kami dengan jelas menetapkan pembayaran yang tepat pada masanya dan pemprosesan transaksi klien yang pantas, yang telah tertunggak tanpa sebab yang munasabah tanpa komunikasi atau penyelesaian yang sesuai dari pihak Tuan. Bagi mengatasi isu yang mendesak ini dan mengekalkan integriti hubungan profesional kami, dengan ini secara rasmi meminta agar QMSB:

 

 1. Menjelaskan semua bayaran tertunggak bagi penamatan/penjualan (klien) bermula Disember 2023 sehingga sekarang dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh surat ini.

2. Menjelaskan semua bayaran tertunggak kepada perunding dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh surat ini.

 

Kegagalan Quantum Metal Sdn. Bhd. (QMSB) yang menyatakan bahawa Pembayaran semua duit klien hanya selama 7 hari bekerja (memo pertama) seterusnya (memo kedua) ialah 14 hari ke 20 hari bekerja lagi sekali, tetapi masih juga tidak menerima pembayaran dari December 2023 hingga sekarang masih belum diterima.

Juga Usaha Angel Group Agency dan Merchant yang hampir setiap minggu ke HQ Quantum Metal di Pulau Pinang mendapatkan semula duit Klien yang belum lagi dibayar, tapi sehingga sekarang masih tiada memo atau kata putus lagi daripada Quantum Metal untuk tarikh pembayaran akan berlaku.

Dengan kegagalan ini akan menyebabkan kami tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding undang-undang untuk mendapatkan jumlah yang tertunggak dan mencari pampasan yang sesuai bagi kerugian kewangan yang ditanggung. Kami percaya bahawa tindakan sedemikian boleh dielakkan. Kami juga berharap QMSB dan QBEB akan bertindak dengan niat baik untuk menyelesaikan perkara ini dengan positif secara segera.

Terima kasih atas perhatian Tuan terhadap perkara ini.

WhatsApp_Image_2024-07-01_at_11.48_.13_52f192af_.jpgWhatsApp_Image_2024-07-01_at_11.48_.24_44b258a0_.jpgWhatsApp_Image_2024-07-01_at_11.48_.37_0704ff40_.jpgWhatsApp_Image_2024-07-01_at_11.48_.48_9682e46e_.jpgWhatsApp_Image_2024-07-01_at_11.49_.18_cc722434_.jpg


Angel Group Agency    Contact the author of the petition

Sign this Petition

By signing, I accept that Angel Group Agency will be able to see all the information I provide on this form.

We will not display your postal code publicly online.

We will not display your email address publicly online.

We will not display your email address publicly online.

We will not display your phone number publicly online.


I give consent to process the information I provide on this form for the following purposes:




Paid advertising

We will advertise this petition to 3000 people.

Learn more...